Pengenalan
CIDB Green Card juga dikenali dengan berbagai nama, antaranya ialah
• Kad Hijau CIDB
• Kad Hijau
• Kad Personel Binaan
• Kad CIDB
Semua ini adalah merujuk kepada satu kad yang sama. Berikut ialah perkara penting yang perlu difahami dalam proses permohonan kad .
Peruntukan Undang Undang
Peruntukan Undang-Undang berkaitan permohonan CIDB Green Card @ kad Hijau mengikut Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (Akta 520) 1994:
1. Seksyen 33(1): Pendaftaran Personel Binaan
Seseorang tidak boleh terlibat, atau diambil, atau mengaku janji untuk terlibat, atau diambil sebagai personel binaan melainkan jika dia berdaftar dengan Lembaga dan memegang suatu perakuan pendaftaran yang sah yang dikeluarkan oleh Lembaga di bawah Akta ini.
2. Seksyen 33A(1): Pemerakuan Penyelia Tapak Binaan dan Pekerja Binaan Mahir
Tiada penyelia tapak binaan atau pekerja mahir boleh terlibat atau diambil sebagai penyelia tapak binaan atau pekerja binaan mahir melainkan jika dia diakreditasi dan diperakukan oleh Lembaga dan memegang suatu perakuan yang sah yang dikeluarkan oleh Lembaga di bawak Akta ini.
3. Seksyen 2(1):
a) Personel Binaan berdaftar ertinya seorang personel binaan yang berdaftar atau diperakukan mengikut Akta ini.
b) Personel binaan ertinya –
i) Pekerja Binaan Am
ii) Pekerja Binaan Separa Mahir
iii) Pekerja Binaan Mahir
iv) Penyelia Tapak Binaan
v) Pengurus Projek Binaan; dan
vi) Mana-mana pekerja lain dalam industri pembinaan sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
c) Definisi
i) Pekerja Binaan Am
Mana-mana pekerja atau golongan pekerja yang tidak mahir dan yang diambil bagi kerja manual.
ii) Pekerja Binaan Separa Mahir
Mana-mana pekerja yang memiliki tahap kemahiran, pengetahuan, kelayakan dan pengalaman yang diterima bagi satu tred atau lebih sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
iii) Pekerja Binaan Mahir
Mana-mana pekerja yang memiliki tahap kemahiran, pengetahuan, kelayakan dan pengalaman yang diterima bagi satu tred atau lebih sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga dan yang disenaraikan dalam Jadual Ketiga.
iv) Penyelia Tapak Binaan
Mana-mana pekerja yang memiliki tahap kemahiran, pengetahuan dan pengalaman yang diterima yang ditugaskan kepada suatu tapak pembinaan atau mana-mana tempat lain yang sedemikian untuk menyelia kerja pembinaan.
vi) Pengurus Projek Binaan
Mana-mana pekerja yang memiliki tahap kemahiran, pengetahuan dan pengalaman yang diterima sebagaimana yang ditentukan dan yang ditugaskan kepada tapak pembinaan atau mana-mana tempat lain yang sedemikian untuk mengatur, merancang, mengawal dan menyelaraskan kerja pembinaan dari awal hingga selesai.
Terma Pendaftaran
- Kad ini adalah hak milik CIDB. Ia tidak boleh dipindah milik atau disimpan oleh individul lain selain penama yang telah dinyatakan pada kad berkenaan.
- Pemegang kad perlu mematuhi syarat-syarat pendaftaran personel binaan dan Akta 520 serta undang-undang berkaitan di sepanjang tempoh sah pendaftaran.
- Pemegang kad wajib mematuhi setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Pihak CIDB dari semasa ke semasa sama ada dalam bentuk media cetak atau media elektronik. Arahan/ pekeliling yang diedar melalui pos, hebahan akhbar, laman web, media atau apa-apa kaedah hebahan akan disifatkan telah diterima dan difahami oleh Pemegang kad.
- Semua maklumat yang dikeluarkan oleh pihak CIDB adalah menjadi hak milik CIDB. CIDB mempunyai hak untuk mengguna maklumat tersebut dalam apa jua bentuk terbitan untuk kegunaan dan kepentingan industri pembinaan.
Syarat Pendaftaran CIDB Green Card.
Pemohon kad personel binaan wajib memenuhi syarat-syarat berikut:
- Memiliki dokumen pengenalan diri
a) Kad Pengenalan Malaysia.
b) Pasport dengan permit kerja yang sah dari Jabatan Imigresen Malaysia.
c) Pas IMM13P. - Berumur tidak kurang dari 16 tahun pada tarikh permohonan.
- Mempunyai salah satu sijil keselamatan pembinaan seperti:
a) Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan Pekerja di Tapak Bina (SICW);
b) eLearning Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan Pekerja di Tapak Bina (eSICW);
c) eSICW CIDB Holdings (eSICW CIDBH); atau
d) Sijil/ pasport keselamatan yang diiktiraf CIDB. - Melaksanakan kerja-kerja pembinaan.
- Mematuhi undang-undang dan peraturan dari CIDB.
Nota:
Personel binaan dilindungi sehingga 70 tahun di bawah Pelan Perlindungan Personel Binaan Berkelompok CIDB.
Tempoh Sah Pendaftaran
- Pemegang Kad Pengenalan Malaysia:
a) Tempoh pendaftaran adalah minimum, 1 tahun sehingga maksimum, 5 tahun bagi permohonan baru/pembaharuan.
b) Tarikh tamat pendaftaran adalah berdasarkan tarikh lahir pemohon. - Permit Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS)/ Pas Penggajian (EP):
Tempoh pendaftaran adalah berdasarkan tarikh tamat permit. - IMM13P
Tempoh pendaftaran adalah berdasarkan tarikh tamat pas.
Cara Memohon CIDB Green Card @ Kad Pendaftaran Personel Binaan
- Permohonan baru/ pembaharuan pendaftaran personel binaan CIDB boleh dibuat secara dalam talian di Sistem CIMS.
atau - Bagi yang tidak mempunyai kemahiran komputer atau tidak mempunyai masa, anda boleh menggunakan perkhidmatan di laman berikut bagi menguruskan permohonan CIDB Green Card anda. Pihak syarikat akan mengisi dan memproses permohanan anda. Anda tidak perlu ke mana mana cawangan CIDB. Kad yang telah siap akan dihantar ke alamat yang telah di isi di borang permohonan.
Kesimpulan
CIDB Green Card merupakan perkara yang wajib dimiliki oleh sesiapa yang berurusan di tapak perbinaan. Kegagalan mempamerkan kad ini boleh dikenakan tindakan undang-undang. Kad ini juga merupakan jaminan sekiranya berlaku kemalangan atau musibah di tempat kerja. Proses permohonan kad tidak lah begitu sukar, namun sekiranya anda tidak mempunyai masa dan tidak suka hal hal yang remeh, anda boleh menghubungi kami di Setia Urus Services atau di talian hotline kami . 016 568 7189