Pengenalan
Renew CIDB Green Card merupakan satu proses yang perlu dilakukan oleh Pemegang CIDB Green Card yang telah hampir tamat tempoh. Kebiasaanya, untuk kali pertama permohonan, pemegang kad hanya memohon untuk tempoh 1 tahun sahaja. Permohonan renew ini boleh dilakukan seawal 60 hari dari tarikh tamat tempoh yang dinyatakan di atas kad. Oleh itu pemegang kad mestilah memohon untuk pembaharuan . Diartikel ini , kami akan memfokuskan langkah-langkah yang perlu dilakukan dalam proses renew.
Cara permohonan pembaharuan
- Melakukan permohonan sendiri di laman rasmi CIDB atau pergi ke cawangan CIDB berdekatan.
Pemegang kad yang mahir dengan penggunaan komputer dan biasa menggunakan aplikasi pembaharuan di atas talian boleh memohon menggunakan link yang dinyatakan di atas.
- Melantik pihak kedua
Bagi pemegang kad yang tidak mahir dengan aplikasi atas talian dan juga tidak suka dengan perkara perkara yang rumit disarankan menggunakan kaedah ini. Pemegang kad hanya perlu mengisi maklumat ringkas di borang permohonan. Proses ini amat mudah. Pemegang kad hanya perlu mengisi maklumat dan jelaskan pembayaran. Di sini diterangkan 5 langkah mudah bagi proses renew Cidb Green Card anda.
Langkah 1 : Isi borang permohonan
Borang boleh diakses pada link ini. Sila pastikan segala maklumat yang diisi adalah betul dan tepat. Maklumat yang tidak tepat boleh menyebabkan permohonan anda ditolak dan ini akan mengambil masa dan tempoh proses boleh menjadi lebih lama. Anda tidak perlu bimbang kerana segala makumat yang diisi adalah rahsia sebagaimana yang dinyatakan di dalam bahagian terma dan syarat.
Langkah 2: Buat pembayaran
Apabila selesai pengisiaan maklumat yang diperlukan di dalam borang berkenaan, anda dikehendaki menjelaskan pembayaran secara atas talian mengikut jumlah yang dipaparkan. Jumlah ini bergantung kepada tempoh pembaharuan yang dipilih. Pembayaran menggunakan kredit kad juga disediakan. Sekiranya anda mempunyai masalah dengan cara pembayaran ini, anda juga boleh mendepositkan terus pembayaran berkenaan ke akaun syarikat:
Setia Urus Services
Hong Leong Bank
2500 101 7011.
Sila Whatsapp salinan deposit berkenaan ke hotline kami : 016-568 7189.
Langkah 3 : Proses permohonan
Permohonan anda akan diproses oleh team kami dan diserahkan kepada pihak CIDB. Segala butiran yang dinyatakan di dalam borang permohonan akan digunakan sepanjang proses pendaftaran pembaharuan ini. Kebiasannya kelulusan akan diperolehi pada hari yang sama. Namun ada juga kes yang mengambil masa yang lebih lama. Ia bergantung kepada data yang sedia ada di pangkalan data CIDB. Oleh itu, adalah penting bagi pemegang kad membuat semakan terperinci sebelum menyerahkan borang berkenaan.
Langkah 4: Menerima Pas Sementara
Sebagaimana dinyatakan, kebiasaannya anda akan mendapat kelulusan pembaharuan atau Renew dalam tempoh 48 jam, anda akan diberikan Pas Sementara melalui aplikasi Whatsapp kami. Pas sementara ini juga berperanan sebagaimana kad asal. Anda dibenarkan untuk memasuki tapak pembinaan dan menjalankan tugas sebagai seorang personel binaan. Anda juga dilindungi dengan insuran kolompok sebagaimana pemegang kad asal.
Langkah 5: Menerima Kad Personel binaan (CIDB Green Card)
Kad ini dihantar ke alamat yang telah dipersetujui dan sebagaimana diisi di dalam borang permohonan. Kad ini dihantar dengan menggunakan pos berdaftar atau perkhidmatan kurier. Proses penghantaran kad asal ini mengambil masa sehingga 60 hari. Sekiranya anda tidak menerima selepas tempoh berkenaan , anda boleh menghubingi kami di talian 016 568 7189 atau 09 848 5500. Anda juga boleh menghubungi cawangan CIDB berdekatan untuk bantuan.
Kadar bayaran.
Jumlah pembayaran bagi proses renew ini adalah berbeza berdasarkan taraf kewarganegaraan dan tempoh pembaharuan. Sila rujuk jadual di bawah berkaitan jumlah pembayaran.
Kelebihan menggunakan perkhidmatan kami
Borang ringkas dan mudah
Anda hanya perlu mengisi beberapa butiran asas seperti yang dinyatakan di dalam borang permohonan. Kami akan membuat semakan dan seterusnya menghantar permohonan lengkap kepada pihak CIDB . Kami berupaya mengenalpasti sebarang kemungkinan yang boleh menyebabkan permohanan anda di tolak. Oleh itu, kami akan pastikan segala syarat syarat yang dinyatakan oleh pihak CIDB dipatuhi sebelum permohanan ini dihantar. Anda hanya perlu menunggu kelulusan.
Kelulusan segera
Kebiasaannya bagi kes kes yang lalu, kelulusan diperolehi pada hari yang sama. Walau bagaimanapun kami telah menetapkan tempoh 48 jam maksimum sebagai KPI kami. Namun, terdapat sebilangan kecil kes iaitu 5% gagal mendapat kelulusan dalam tempoh berkenaan. Ada beberapa sebab kenapa permohonan ditolak. Antaranya ialah:
- Penipuan butiran permohonan.
Ada pelanggan memiliki kad tetapi tidak pernah menghadiri sebarang kursus seperti kursus NIOSH atau SICW. Kami telah menjumpai beberapa kes dimana pemegang kad tidak pernah menghadiri kursus berkenaan. Ada syarikat yang menawarkan jalan pintas untuk mendapatkan kad ini tanpa kursus. Kami di Setia Urus Services TIDAK akan meneruskan atau TERLIBAT dengan permohonan ini. - Penipuan Kad
Ada juga pemegang kad yang hadir ke pejabat kami untuk pembaharuan, tetapi bila semakan dibuat, kami dapati tiada maklumat pemegang kad di pangkalan data CIDB. Kami percaya kad berkenaan dicetak secara tidak sah. Kes seperti ini juga kami tidak akan terima untuk diproses.
Pegawai berpengalaman
Setia Urus Services telah ditubuhkan pada 2007 dan mempunyai Team yang berpengalaman dalam menguruskan permohonan berkaitan CIDB Green Card .
Rating kepuasan pelanggan
Sejajar dengan trend terkini, bermula tahun 2022 kami mula mencatat maklumbalas pelanggan berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan. Anda boleh merujuk kepada Google Reviews dan testimonial yang dipaparkan di laman utama.
Talian hotline
Waktu operasi pejabat kami bermula jam 9 pagi hingga 6 petang. Namun sekiranya anda menghadapi masalah dan perlukan bantuan, anda boleh menghubungi kami melalui aplikasi Whatsapp di 016 568 7189 sehingga jam 11 malam. Kami cuba sedaya upaya untuk menyampaikan perkhidmatan terbaik dan kepuasan pelanggan menjadi keutamaan kami.
Kesimpulan
Renew CIDB Green Card merupakan proses penting yang perlu dilakukan oleh pemegang kad setelah kad mereka tamat tempoh. Kad yang telah tamat tempoh menghalang pemilik untuk berurusan di tapak binaan. Perlindungan insuran juga akan terbatal secara automatik.
Pemegang kad boleh memperbaharui sendiri di laman CIDB. Namun, bagi mereka yang tidak suka dengan kecerewekan dan kerumitan proses permohonan , anda disarankan agar menggunakan kidmat bantuan dari syarikat syarikat yang dilantik.
Kami di Setia Urus Services sentiasa komited untuk menyediakan perkhidmatan Renew CIDB Green Card yang terbaik.
Hubungi kami di talian 09-8459425 atau 016 568 7189. Kami sedia membantu.
Bagaimana cara untuk saya betulkan no Kad pengenalan didalam sistem CIMS CIDB ? Berlaku kesilapan semasa daftar tempoh hari
Salam puan Yasirah,
Terima kasih kerana menghubungi kami di setiatadbir.my.
Puan ada 2 cara utk selesaikan masalah berkenaan.
Cara 1
Puan contact direct pihak CIDB di talian 03 55673300. Nyatakan kesilapan IC. Kebiasaanya pihak CIDB akan betulkan maklumat berkenaan dalam tempoh 3 hari bekerja.
Cara 2
Puan boleh daftar baharu dengan menggunakan IC yang betul, tetapi puan kena gunakan email lain ( jangan guna email yang sama semasa pendaftaran lepas). Puan akan dapat teruskan permohonan green card .
Harap maklumat ini dapat membantu puan.
Green card yang tamat tempoh, berapa had tempoh yang boleh diperbaharui?
Green card boleh diperbaharui sekiranya tuan/puan mempunyai sijil SICW