Soalan Lazim

Green Card CIDB

Apakah Green Card CIDB?

Green Card  atau Kad Personel Binaan CIDB merupakan satu kad/lesen yang dikeluarkan oleh pihak CIDB kepada setiap pekerja binaan yang telah berjaya menjalani latihan asas & keselamatan di tapak binaan. Pekerja binaan diwajibkan memiliki Kad yang  sah sebelum dibenarkan  memasuki tapak binaan.

Apakah Kad Pintar Personel Binaan CIDB?

Kad Pintar Pendaftaran Personel Binaan baharu telah dinaiktaraf selari dengan kemajuan teknologi terkini.  Kad Pintar CIDB ini telah direkabentuk dengan meningkatkan ciri-ciri keselamatan serta penggabungan Kad Pintar bercirikan transaksi perdagangan.

Bagaimana cara perbaharui Green Card @ Kad Personel Binaan CIDB?

Isi Borang Permohonan dengan betul & buat bayaran pembaharuan kad secara online kepada pihak kami.

Berapa caj perbaharui Green Card @ Kad Personel Binaan CIDB?

Sila rujuk Kadar Bayaran.

Bagaimana pembaharuan Green Card CIDB diproses?

Selepas anda menghantar permohonan & bayaran kepada kami, permohonan  akan diproses dan Pas Sementara CIDB (sah untuk 60 hari) akan di email kepada pemohon. Kemudian,  Green Card @ Kad Personel Binaan CIDB yang diperbaharui akan dihantar kepada pemegang kad oleh pihak CIDB ke alamat yang telah diisi oleh pemohon.

Berapakah tempoh sah Green Card @ Kad Personel Binaan CIDB yang diperbaharui?

1-5 tahun.

Kenapa saya perlu dapatkan khidmat Setiatadbir.my ?

Setiatadbir.my merupakan konsultan yang berpengalaman dalam menguruskan berkaitan CIDB. Kami dapat membantu anda sama ada pekerja ataupun majikan untuk memperbaharui Green Card @ Kad Personel Binaan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dengan lebih mudah & lancar. Dengan kepakaran kami ada, setiap permohonan dapat disiapkan lebih cepat & tidak membebankan anda.

Seandainya pembaharuan ditolak atau tidak berjaya, adakah wang saya dikembalikan?

Ya, semua bayaran akan dikembalikan kepada pelanggan jika permohonan tidak berjaya kecuali caj proses sebanyak RM10 akan dikenakan.

Lesen Kontraktor CIDB

Apakah lesen kontraktor CIDB?

Lesen kontraktor CIDB ialah  perakuan berdaftar kontraktor dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) . Lesen ini  merupakan kebenaran rasmi  untuk  menjalankan projek-projek pembinaan.

Siapa boleh memohon lesen kontraktor CIDB?

Permohonan boleh dibuat oleh salah seorang pemilik/pengarah syarikat sahaja. Seorang pemohon hanya dibenarkan untuk membuat  satu permohonan pendaftaran dan  untuk satu syarikat sahaja.

Berapa lama tempoh sah bagi pendaftaran lesen kontraktor untuk kali pertama?

Sah untuk 2 tahun dari tarikh sijil dikeluarkan.

Berapa lama tempoh sah laku bagi pembaharuan lesen kontraktor?

Bergantung kepada mata CCD yang diperolehi oleh syarikat anda.

Berapa lama kelulusan boleh diperolehi?

(1) PPK – 2 hari bekerja 

(2) SPKK – 2 hari bekerja 

(3) STB – 20 hari bekerja bergantung kepada Bahagian Pembangunan Kontraktor & Usahawan (BPKU)

Bagaimana untuk memohon lesen kontraktor CIDB?

Isikan borang permohonan di sini. Pihak kami akan hubungi anda dengan kadar segera.

Jika permohonan tidak berjaya adakah saya akan dikenakan pembayaran?

Tidak. Tiada pembayaran dikenakan bagi permohonan yang tidak berjaya.

Open chat
Salam. Saya Amira. Boleh saya bantu?