Apa yang akan anda ketahui dari artikel ini:

Adakah kad CIDB dan Kad Hijau berbeza?
Siapa yang mengeluarkan kad CIDB?
Siapa yang layak memiliki kad CIDB?

Adakah kad CIDB dan Kad Hijau berbeza?

Ya. Kad CIDB dan Kad Hijau adalah merujuk kepada kad yang SAMA. Mengikut definisi dari web rasmi CIDB ,  Kad CIDB adalah kad pengenalan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) kepada individu yang terlibat dalam industri pembinaan di Malaysia.

Kad ini membuktikan bahawa pemiliknya mempunyai kelayakan dan kebolehan dan dibenarkan untuk menjalankan kerja-kerja pembinaan. Kad ini memberi banyak kelebihan kepada pemilik. Antaranya ialah:

1.Kredibiliti

Pemegang Kad CIDB menunjukkan bahawa pemiliknya mempunyai kelayakan dan kebolehan untuk menjalankan serta menyelesaikan tugas-tugas yang berkaitan dengan pembinaan.

2.Ilmu dan pengalaman

Sebelum seseorang layak untuk memohon kad CIDB,mereka mestilah telah menyempurnakan kursus asas seperti NIOSH atau SICW. Di dalam kursus ini, peserta diterapkan dengan ciri-ciri keselamatan semasa di tapak binaan. Melalui kursus ini juga,mereka dapat memahami risiko dan langkah-langkah yang perlu diambil semasa berada di tapak binaan.

3.Peluang pekerjaan

Pemegang Kad CIDB mempunyai peluang pekerjaan yang lebih banyak berbanding pekerja lain. Kebanyakan majikan mensyaratkan pekerja meraka, samada mahir atau separuh mahir mempunyai kad ini. Ada juga sesetengah majikan menanggung kos pembiayaan pekerja meraka untuk mendapatkan kad berkenaan.

4.Kursus latihan

CIDB sering menawarkan kursus-kursu tertentu bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pemegang kad. Kursus ini melibuti semua aspek di dalam sektor binaan seperti keselamatan, prosidur kerja dan integriti. Kurus ini dijalankan samada secara bersemuka atau secara atas talian. Kusus ini juga melayakkan peserta mendapatkan mata CCD bagi individu dan organisasi yang diwakili.

Kursus Integriti CIDB

5.Perlindungan Insuran.

Perlindungan insuran ini adalah sebab utama kenapa kad cidb ini diwajibkan. Pemegang kad CIDB adalah dilindungi insuran  24 jam. Insuran kemalangan kerja memberi perlindungan kepada pemegang kad CIDB terhadap kecederaan akhibat kemalangan ditempat kerja. Pemilik kad juga dilindungi dengan insuran nyawa.

Kemalangan di tempat kerja
Kemalangan Di tempat kerja. Kredit Kosmo

Insurans kemalangan kerja memberikan perlindungan terhadap kecederaan atau kematian yang disebabkan oleh kemalangan semasa menjalankan tugas-tugas di tempat kerja. Manfaat yang diberikan termasuk pembayaran gantirugi perubatan, gantirugi pendapatan dan pampasan kematian.

Insurans nyawa pula memberikan perlindungan terhadap kematian yang disebabkan oleh sebab-sebab lain selain kemalangan kerja. Manfaat yang diberikan termasuk pembayaran pampasan kematian kepada waris-waris yang ditetapkan.

Siapa yang mengeluarkan kad CIDB?

Kad CIDB dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia atau The Construction Industry Development Board (CIDB).

Menurut Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520), setiap individu yang terlibat dalam industri pembinaan di Malaysia perlu mempunyai kad pengenalan CIDB yang sah. Jika seorang personel binaan tidak mempunyai kad CIDB yang sah, dia boleh dikenakan hukuman.

Hukuman bagi personel binaan yang tidak mempunyai kad CIDB termasuk denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya sekali. Selain itu, syarikat-syarikat pembinaan yang mengambil pekerja yang tidak mempunyai kad CIDB juga boleh dikenakan tindakan undang-undang.

serbuan CIDB di tapak binaan
Kad CIDB vs Kad Hijau: Adakah Berbeza? 3

Jika syarikat didapati menggaji personel binaan yang tidak mempunyai kad CIDB yang sah, syarikat tersebut boleh dikenakan denda tidak melebihi RM250,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

Oleh itu, adalah penting bagi personel binaan untuk memastikan mereka mempunyai kad CIDB yang sah untuk mengelakkan daripada dikenakan hukuman dan juga untuk memastikan mereka mempunyai kelayakan dan kebolehan untuk menjalankan tugas-tugas di industri pembinaan dengan selamat dan berkesan.

Siapa yang layak memiliki kad CIDB?

Individu yang hendak memohon mestilah memenuhi 5 syarat berikut

1.Memiliki dokumen pengenalan diri seperti:

a) Kad Pengenalan Malaysia.

b) Pasport dengan permit kerja yang sah dari Jabatan Imigresen Malaysia.

c) Pas IMM13P.

2.Berumur 16 tahun dan ke atas.

Personel binaan dilindungi sehingga 70 tahun di bawah Pelan Perlindungan Personel Binaan Berkelompok CIDB

3.Mempunyai sijil keselamatan pembinaan seperti:

a) Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan Pekerja di Tapak Bina (SICW);

b) eLearning Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan Pekerja di Tapak Bina (eSICW);

c) eSICW CIDB Holdings (eSICW CIDBH); atau

d) Sijil/ pasport keselamatan yang diiktiraf CIDB.

4. Melaksanakan kerja-kerja pembinaan

5. Mematuhi undang-undang dan peraturan dari CIDB.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, Kad CIDB dan kad hijau adalah merujuk kepada dokumen yang sama. Kad ini juga dikenali sebagai Kad Personel Binaan, Green Card dan Pass kerja CIDB.

Kepada anda yang berkecimpung di dalam bidang binaan disarankan agar memiliki dokumen ini. Anda boleh mengunjungi cawangan CIDB berhampiran untuk memohon. Manakala bagi individu yang tidak mempunyai masa dan kurang arif tentang cara permohonan, anda boleh mengunjungi web kami di setiatadbir.my. Kami akan memohon bagi pihak anda

Open chat
Salam. Saya Amira. Boleh saya bantu?